Pengenalan

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh

Madrasah Riyad adduafa wal masakin ( Madrasah Arriyad ) adalah sebuah tempat pengajian yang bersistemkan Pondok / Talaqqi yang bertapak di Sek u5, Subang Bestari Shah Alam.

Madrasah ini pada asalnya dibina oleh AlMarhum Tuan Guru Haji Ahmad Ali b Musa, di Rantau, Kg Siliau Negeri Sembilan. Dan setelah kembalinya beliau kerahamtullah pd tahun 1999, sistem pengajian ini diteruskan oleh anak anak murid beliau di serata pelusuk tempat, dan diantaranya Ust Mohd irwan zahuri yang mempimpin pondok di subang bestari pada ketika ini.

Matlamat ditubuhkan Madrasah ini adalah untuk membantu anak anak anda mempelajari bahasa yang agung iaitu Bahasa Arab, yang merupakan bahasa AlQuran, bahasa Syurga dan bahasa baginda Nabi saw. Pengajian Kitab Fardu ain juga antara asas utama pengajian di Madrasah ini. Selain dari itu, didikan akhlaq dengan zikrullah dan tasauf juga diterapkan bagi menghasilkan pelajar yang hebat dari berjaya di dunia dan diakhirat.

Selain dari itu, Madrasah ini juga membantu masyarakat yang ingin menambahkan ilmu pengetahuan dengan diadakan Seminar seperti Interaktif cinta solat ( ics2018 ) dan banyak lagi program program yang akan didakan pada masa yang akan datang, dengan matlamat agar masyarakat semakin menjadi golongan yang lebih baik apabila bertambahnya ilmu.

Bukan itu sahaja, pengajian kitab secara online / Live juga diadakan pada setiap hari, bagi membantu masyarakat yang ingin terus menerus menambahkan ilmu dan pengetahuan dalam apa jua bidang. Dan ishaAllah pada tahun 2019, kaedah pengajian ini akan dilakukan dengan cara lebih efektif dan teratur apabila bermula pelancaran Interaktif Kitab Turath, yang diharapkan anda tidak terlepas untuk mengikuti seluruh pengajian yang akan dikongsikan.

Khidmat kepada masyarakat juga antara program yang didakan di Madrasah arriyad. Bermula tahun 2019, akan dilancarkan juga arriyad services, untuk membantu masyarakat dalam khidmat kebersihan seperti mencuci rumah, kereta, aircond dan lain lain lagi.

Kepada Allah kami bergantung agar kami terus istiqomah dan komited untuk membantu masyarakat dengan secebis Ilmu yang Allah telah pinjamkan. Mudahan anda mendapat manfaat dari pembinaan madrasah ini secara langsung ataupun tidak.